إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأََرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا.

أَمَّا بَعْدُ:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ, وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ, وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا, وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ, وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ, وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahwasanya tidak ada sesembahan yang berhak di ibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS. Ali ‘Imran: 102)

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakanmu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) Nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” (QS. An-Nisaa’: 1)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (QS. Al-Ahzaab: 70-71)

Amma ba’du:

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (as-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.

Ikrar Perjuangan Demi Agama, Bangsa & Tanah Air...



Malaysian Armed Forces (MAF) - Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun.
 
Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952.
 
Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.
 
Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat (SSNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941.
 
Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila Darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949.

Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan, Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

Titik mula Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.

Angkatan Tentera Malaysia mengalami evolusi yang berterusan daripada sekadar pasukan tambahan di dalam Tentera British kepada pasukan menentang insurgensi seterusnya dibentuk menjadi sebuah angkatan konvensional. Pun begitu, pemodenan ATM pula kadangkala dihadang oleh faktor ekonomi dan faktor sumber manusia. Krisis kewangan yang melanda telah menyebabkan beberapa program masih belum melepasi fasa cadangan. Antaranya perolehan kumpulan kedua frigat TLDM, skuadron kedua pesawat tempur pelbagai fungsi TUDM, pesawat amaran awal dan rondaan maritim dan juga helikopter utiliti tambahan.
 
Krisis tenaga manusia pula walaupun belum kritikal, mempunyai kesan yang besar di dalam unit-unit tertentu, terutama yang memerlukan anggota yang memiliki latar belakang pendidikan yang tinggi. Kekecewaan ini pernah disuarakan oleh bekas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ilyas Din, berikutan kesukaran mendapatkan anggota yang menepati kriteria bagi mengikuti kursus latihan kapal selam. Tambahan pula kerjaya tentera dilihat kurang popular berbanding profesyen lain bagi golongan muda yang berpelajaran.
 
Kekurangan minat dikalangan generasi muda terutamanya dari kaum bukan Melayu menyebabkan ATM mengalami sedikit kesukaran merekrut anggota, barangkali didorong kesedaran yang kurang di pihak orang awam dan pemimpin politik terhadap kepentingan ATM. Beberapa kontroversi di dalam perolehan ATM seperti kapal selam Scorpene, pesawat Sukhoi Su-30 MKM dan yang terbaru, helikopter Eurocopter tidak membantu memberikan persepsi yang baik kepada umum.
 
Tunggak kekuatan ATM ialah Tentera darat Malaysia yang berkekuatan empat divisyen infantri dibawah pemerintahan kor yang dikenali sebagai Markas Medan Tentera Darat. Di bawah empat divisyen ini, Markas Medan boleh menggerakkan kira-kira 48 000 anggota tentera. Di peringkat operasi, Tentera Laut Diraja Malaysia mempunyai tiga markas wilayah laut di bawah kelolaan Markas Armada. Kekuatan teras Tentera Udara Diraja Malaysia terletak pada Markas Operasi Udara yang memerintah tiga divisyen udara. Bagi menyepadukan operasi bersama ATM satu Markas Angkatan Bersama telah diwujudkan.
 
Anggaran 2006 meletakkan kekuatan keseluruhan ATM sekitar 105 000 anggota tetap dan sekitar 40 000 anggota simpanan. Bagaimanapun dari 105 000 anggota tetap, anggota tempur dianggarkan tidak lebih dari 65 000 orang keseluruhan untuk ketiga-tiga perkhidmatan, selebihnya elemen-eleman bantuan dan logistik. Namun, pasukan simpanan akan diperbesar bagi menampung kekurangan anggota tetap sekiranya keperluan. Cadangan menubuhkan pasukan Wataniah di kesemua 222 kawasan parlimen dijangka akan melonjakkan jumlah simpanan sehingga 600 000 anggota.

ATM menerima perolehan kelengkapan senjata baru yang agak canggih seperti kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi Su-30MKM, namun dalam tempoh tiga hingga lima tahun, kelebihan ini dijangka akan dapat diatasi oleh Indonesia dan Thailand. Disebabkan kelembapan ekonomi, beberapa program pembangunan ATM turut menerima kesan, sama ada ditangguhkan atau tidak diketahui statusnya. Sebagai contoh Program Kapal Ronda Generasi Baru, kumpulan kedua kapal-kapal ini diberitakan akan diteruskan, pada penghujung tahun 2010 kerajaan telah menyerahkan surat hasrat kepada syarikat BNS untuk membina kumpulan kedua kapal peronda yang lebih berupaya dan dikenali sebagai SGPV-LCS.
 
Begitu juga perolehan kapal frigat kelas Lekiu kumpulan kedua. Di pihak TUDM pula perolehan skuadron pesawat tempur pelbagai fungsi, dan di pihak TDM perolehan kenderaan perisai baru, masih belum dapat dipastikan tahap pembangunannya. Pada masa yang sama tentera negara jiran dilaporkan, melalui program pembangunan yang proaktif, akan memperolehi aset tempur moden seperti pesawat tempur, kapal perang permukaan dan kapal selam.

Perolehan aset bagi ATM juga, apabila berlaku, adalah dalam jumlah sedikit barangkali untuk tidak menggusarkan negara-negara jiran. Namun dikhuatiri jumlah perolehan yang sedikit tidak dapat membawa manfaat dari segi kemampuan beroperasi apa lagi untuk mengimbangi kekuatan negara-negara serantau. Sebagai contoh, Tentera Darat Malaysia hanya memperolehi 48 unit kereta kebal utama Bumar Łabędy PT-91M "Pendekar". Jumlah satu rejimen ini mungkin cukup untuk TDM melakukan penyelidikan bagi memperkembangkan doktrin peperangan konvensional mereka, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan untuk diintegrasikan dalam rangka kerja pertahanan yang menyeluruh.
 
Apabila kerajaan mengumumkan penggantian helikopter Nuri dengan pembelian Eurocopter EC725, hanya 12 buah akan diperolehi bagi menggantikan sejumlah 28 helikopter Nuri. Sama ada pembelian lanjutan akan dibuat atau tidak, belum lagi dapat dipastikan. Setakat ini hanya enam buah kapal akan diperolehi manakala TLDM telah kehilangan 18 buah kapal ronda kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“ Gagah Setia “

Comments
7 Comments

7 comments:

Anonymous said...

@SyedAbuSayyaf
sempoiiiiiii

lidey lim said...

apa ang merepek ni pak syed. komen sorang2. ha ha

SyedAbuSayyaf said...

@lidey limhanya nak testing lah..

SyedAbuSayyaf said...

halooo

SyedAbuSayyaf said...

@SyedAbuSayyaf
testing laaaa...

SyedAbuSayyaf said...

@lidey lim
hahahaha...apa macam icaon baru ni???

lidey lim said...

buat syokkkkkkkk

Comment here

Semua komen yang Anda tulis adalah tanggungjawab Anda sendiri ... Berani kerana Benar ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts