Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardu ialah sembahyang (sunat) malam."
Sabdanya lagi:
"Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat di mana tidak dapat oleh seorang lelaki Islam yang memohon kepada Allah akan kebaikan utk urusan dunia dan akhiratnya, melainkan akan diperkenankannya. Saat itu ada pada setiap malam."
Maksudnya, setiap malam ada saat yang dinamakan saat ijabah. Setiap doa yang dipohon pada saat itu akan diperkenankan. Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh para sahabat mengenai sembahyang yang paling afdal selepas sembahyang fardu, baginda menjawab:
"Sembahyang pada tengah malam."
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
"Sembahyang yang paling Allah Taala paling suka ialah sembahyang Nabi Allah Daud a.s., dia tidur pada separuh malam, dia bersembahyang pada sepertiga malam dan tidur pada seperenamnya."
Sabdanya lagi: Perintah Tuhan turun ke langit dunia pada sepertiga pada waktu tinggal sepertiga yang akhir pada waktu malam, lalu berseru: Adakah orang yang memohon , pasti Aku kabulkan, adakah orang yang meminta pasti Aku akan beri dan adakah yang memohon ampun, pasti Aku akan ampuni baginya sehingga Subuh.
Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak. Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:
“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.”
5 kelebihan yang diperoleh di dunia:
i.)Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
ii) Tanda berkat pada wajahnya
iii) Disukai oleh ramai manusia
iv) Allah jadikannya seorang yang bijaksana
v) Bila bercakap penuh hikmah
4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:
i) Wajahnya bercahaya
ii) Diringankan hisab
iii) Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
iv) Dapat buku amalan dengan tangan kanan
“ Jadi insan yang bertaqwa ”