TAK SEDAR LAGI ??? Itulah tiga perkataan yang SAS tujukan khas buat penyokong2 perhimpunan haram BERSIH terutamanya yang mewakili Melayu PAS & PKR. Adakah mereka membutakan mata dan memekakkan telinga mereka hanya kerana dihasut untuk membenci kerajaan. Dah berapa banyak jasa kerajaan korang sapu, tapi tak reti2 jugak nak bersyukur. Lawan lagi kerajaan ada la. Apa punya tak sedar diri betul puak2 ni.
Mengikut tuntutan yang kita dapat lihat ni, Melayu PAS & PKR memaafkan apa yang telah Ambiga lakukan kepada agama Islam kerana apa? Kerana Ambiga telah bersama dengan mereka dalam menentang kerajaan. Puak2 ni kalau bab nak lawan kerajaan, setan pon boleh jadi geng mereka. Ini bukan saya cakap, tapi otai PAS yang cakap ye.
Kalau sampai tu la tahap puak2 ni benci kerajaan, berhentikan la makan jasa kerajaan, mana2 yang kerja penjawat awam tu letak2 la jawatan, bagi kat orang lain yang lebih layak/berhak… yang mana dapat bantuan tiap2 bulan tu, sedekah la pada orang lain. Macam tu la kan baru menunjukkan korang ni tak suka kerajaan. Tapi tak suka pon korang tibai semua sampai licin apa yang kerajaan bagi.
Nasihat SAS untuk puak2 ni, sedar2 la diri tu nho, jangan sampai bersekongkol dengan kafir2 ni hanya kerana nak jatuhkan kerajaan Melayu Islam. Jangan nasi dah jadi bubur baru kamu semua nak sedar.
“ Syukur dengan apa yang kerajaan dah bagi…”