إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأََرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا.

أَمَّا بَعْدُ:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ, وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ, وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا, وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ, وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ, وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahwasanya tidak ada sesembahan yang berhak di ibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS. Ali ‘Imran: 102)

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakanmu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) Nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” (QS. An-Nisaa’: 1)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (QS. Al-Ahzaab: 70-71)

Amma ba’du:

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (as-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.

Ikrar Perjuangan Demi Agama, Bangsa & Tanah Air...



Fitnah Jahat Terhadap Dr Sidek Baba Satu Lagi Fitnah Keji Pakatan Rosak

fitnah dr sidek babafitnah dr sidek baba 2

Fitnah akhir zaman amat dasyat. Terbaru, cerita fitnah yang membabitkan Prof. Dr. Sidek Baba yang di sebarkan di laman internet seperti Facebook dan Blog.

Para pencacai Pakatan Rosak mula menyerang Dr Sidek Baba setelah pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh beliau sejak akhir-akhir ini membuatkan para pencacai Pakatan Rosak ini sudah mula hilang arah dan mereka-reka fitnah buruk untuk menjatuhkan beliau.

 

Dr. Sidek Baba merupakan kenalan rapat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sejak dari zaman penubuhan ABIM lagi. Beliau mula bertindak untuk meninggalkan Anuwar dan perjuangannya kerana beliau sudah tidak yakin lagi dengan kepercayaannya terhadap Anuwar dan setelah hampir 3 tahun beliau membuat pertimbangan dan kajian berkenaan salah laku Anwar dan masalah moral yang teruk. Beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Anuwar dan mendedahkan siapa Anuwar yang sebenarnya dan lakonan yang dilakukan oleh Anuwar terhadap rakyat Malaysia.

Fitnah yang disebarkan melalui pencacai Pakatan Rosak ni sedang hebat di sebarkan kerana mereka sudah tiada isu untuk rakyat yang nak di ketengahkan dan sudah mula main bangsat dengan menyebarkan fitnah. Salah seorang Faceboker yang menyerbarkan fitnah jahat ini ialah Busman Original dan juga Albangi’s Blog.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia semua, cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan fitnah jahat. SAS menghubungi salah seorang individu yang turut dituduh terlibat dengan fitnah ni, maklumbalas yang SAS terima ialah bahawa semua cerita ini hanya fitnah semata-mata dan beliau berharap agar pembuat fitnah ini segera bertaubat. Menurutnya, mesyuarat yang dikatakan berlangsung itu tidak pernah berlaku dan Dr. Sidek Baba tidak pernah berjumpa dengan Datuk Seri Alies pun, masakan nak duduk bersama untuk mengadakan mesyuarat sulit.

Amat dasyat sekali fitnah rekaan pencacai Pakatan Rosak ini. Diharapkan kepada yang mereka-reka fitnah ini supaya insaf dan segera bertaubatlah kerana kamu telah melakukan fitnah yang jahat walhal perkara ini tidak pernah pun berlaku. Takutkanlah akan azab Allah yang akan ditimpakan terhadap orang yang membuat dan menyebarkan fitnah.

 

Firman Allah s.w.t:

"…Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan…"
(Surah Al-Baqarah:191)

"Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya),Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa."
(Surah Al-Qalam:10-12)

"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)."
(Surah Al-Baqarah:10)

"…Dan fitnah itu lebih besar(dosanya)daripada membunuh..."
(Surah Al-Baqarah:217)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
(Surah Al-Hujurat:6)

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukan) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)."
(Surah Qaaf:18)

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya."
(Surah An-Nur:15)

 

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Seburuk-buruk hamba Allah s.w.t iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecahbelahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang orang baik."
(HR.Ahmad)

"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)

Nabi SAW. bersabda: "Bersegeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gulita, seorang laki-laki diwaktu pagi masih mukmin dan diwaktu petang telah menjadi kafir, dan diwaktu petang masih beriman dan paginya menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia" (Riwayat Ahmad - 8493)

"Celakalah bagi orang yang bercerita kepada kaum tentang kisah bohong dengan maksud agar mereka tertawa. Celakalah dia... celakalah dia"
(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

Wallahua’lam

 

“ Semoga pembuat fitnah ini bertaubat dan memohon maaf kepada orang yang difitnahnya dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. ”

Comments
0 Comments

0 comments:

Comment here

Semua komen yang Anda tulis adalah tanggungjawab Anda sendiri ... Berani kerana Benar ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts