Setelah hampir lima tahun berlalu, kerajaan Pulau Pinang sekarang iaitu DAP yang dipimpin oleh Lim Guan Eng masih belum melaksanakan janji-janji yang ditabur pada pilihanraya yang ke-12 lalu. Contohnya ialah janji untuk memansuhkan Tol Sungai Nyior yang masih belum ditunaikan. Ini membuatkan rakyat Pulau Pinang terutama yang berbangsa Cina sudah mula hilang kepercayaan kepada DAP.
Dengan suasana bahang pilihanraya yang semakin hampir, dengan banyak lagi janji-janji DAP yang belum terlaksana membuatkan rakyat Pulau Pinang sudah mula beralih arah dan mula memberi sokongan kepada BN. Ini kerana amalan “Janji Ditepati” & “Transformasi” yang dibawa oleh kepimpinan BN iaitu Dato’ Seri Najib mula meyakinkan rakyat yang sebelum ini menyokong PR dan pengundi atas pagar untuk memberi sokongan padu dan sekaligus memberi undi kepada BN untuk merampas kembali Pulau Pinang pada PRU 13 nanti.
“ Dengar kata nanti bila BN dapat balik Pulau Pinang, tol Jambatan Pulau Pinang untuk penunggang motorsikal akan di mansuhkan. Jadi warga Pulau Pinang, mengundilah dengan bijak. ‘Janji Ditepati’ ialah Janji dari BN ”