إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأََرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا.

أَمَّا بَعْدُ:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ, وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ, وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا, وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ, وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ, وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahwasanya tidak ada sesembahan yang berhak di ibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS. Ali ‘Imran: 102)

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakanmu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) Nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” (QS. An-Nisaa’: 1)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (QS. Al-Ahzaab: 70-71)

Amma ba’du:

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (as-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.

Ikrar Perjuangan Demi Agama, Bangsa & Tanah Air...



Buat Baik Balasannya Baik

Puak2 Pakatan Haram dok kata polis bertindak zalim??? Wahai2 puak2 yang tak sedar diri, kalau tak dak angin masakan pokok boleh bergoyang…kalau korang yang kurang ajar dengan polis, takkan polis nak layan korang dengan lemah lembut??? Akai ada ka??? Nak tunjuk samseng konon, tapi polis gempak sikit dah menyalak macam pondan….

Beringatlah bahawa dalam agama Islam pon ada mengatakan bahawa “Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas dengan jahat”. Jika kita beriman dan mengikut perintah Allah s.w.t dengan baik iaitu beribadat menyembahNya dan melakukan amal makruf nahi mungkar, maka Allah s.w.t jua akan membalasnya dengan kebaikan kepada kita iaitu mudah mendapat hidayah dan berkat serta mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak…TAPI, jika kita berbuat jahat dengan meninggalkan suruhanNya dan melakukan perkara2 mungkar, Neraka lah tempat akan ditempatkan di akhirat kelak…

Buat Baik, balasannya baik

buat jahat, balasannya jahat

buat kurang ajar, balasannya kurang ajar

buat bodoh, balasannya jadi hamba Ambigoat & jadi penyokong BERSHIT

“ Sendiri cari penyakit sendiri tanggung lah ”



10 Briged Paratrooper (10 PARA) Kor Pasukan Elit, Tentera Darat Malaysia - Elite Airborne Infantry, Malaysian Rapid Deployment Force (Malaysian Army)

10 Briged Paratrooper - dikenali sebagai 10 PARA - asasnya adalah satu briged infantri dalam cawangan Tentera Darat Malaysia yang dipertingkatkan menjadi satu pasukan elit didalam ATM. 10 PARA adalah elemen Pasukan Aturgerak Cepat, PAC ATM.

Sejarah
Peranan 10 Para ini pada mulanya adalah sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh badan penasihat pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970an sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan bagi sistem ketenteraan Malaysia. Pada asalnya rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara jiran, khasnya Singapura.



30 Keindahan Masjid Di Dunia – 30 Most Beautiful Mosque In The World

1. Masjidil Haram - MekahKaabah-Mekah

 

2. Masjid Nabawi – MadinahMasjid Nabawi – Madinah

 

3. Masjid Qubbat As Sakhrah – PalestinMasjid Al-Aqsa - Palestin



Pasukan Khas Laut (PASKAL) - Naval Special Forces / Special Operations Forces

 

Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.

Sejarah

Pada tahun 1975, TLDM memerlukan sebuah pasukan khusus untuk menguatkuasakan perairan Malaysia dari diceroboh oleh sebarang keganasan di laut, misalnya lanun. Pasukan ini dikehendaki untuk menjalani latihan peperangan moden dilaut.

Atas keperluan inilah, TLDM telah menghantar 30 orang pegawai dan anggota di Pusat Latihan Peperangan Khas, Kem Sungai Udang, Melaka dan seterusnya dihantar ke Surabaya, Indonesia untuk mendapat latihan khas dari pasukan elit KOPASKA (Komando Pasukan Katak) Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut dan bermulanya detik penubuhan pasukan elit TLDM ini.

Walaubagaimanapun, salah seorang daripada 69 anggota pelatih TLDM yang menjalani latihan asas komando di Surabaya gagal menamatkan latihan setelah terpaksa dihantar ke hospital akibat kecederaan patah kaki. Selepas menjalani latihan dari KOPASKA, pasukan ini kemudiannya dihantar berkursus ke Portsmouth, United Kingdom di bawah sel latihan oleh Royal Marine Commando British dan Coronado, Amerika Syarikat oleh US Navy SEALs.

Bersama dengan anggota-anggota SEALs Amerika yang menerima latihan asas komando, anggota PASKAL yang dilatih oleh SEALs ini mengikuti latihan asas komando di seluruh formasi latihan asas tentera laut Amerika, khasnya di Coronado, California dan Norfolk, Virginia terutamanya latihan yang melibatkan operasi dibawah permukaan air, amfibia, sabotaj serta latihan-latihan lain yang cukup mencabar yang tidak dapat dilakukan oleh pasukan tentera yang biasa.

Antara pegawai PASKAL yang turut mendapat latihan daripada pasukan elit Amerika ini ialah Leftenan Komander Ahmad Ramli bin Kardi. Setelah menamatkan latihan daripada ketiga-tiga pasukan elit ini, PASKAL memulakan pengoperasiannya di Malaysia pada tahun 1 Oktober, 1980 mempertahankan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu nautika dari perairan Malaysia.

KD PANGLIMA HITAM

Pada tanggal 15 April 2009,PASKAL telah ditauliahkan sebagai KD PANGLIMA HITAM. Majlis bersejarah penamaan dan pentauliahan tersebut disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.Pemilihan nama diilham dan diperkenankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, bertepatan dengan ciri dimiliki Paskal, iaitu pasukan elit berkemahiran tinggi dalam medan pertempuran maritim dan menjadi aset kepada TLDM dan negara. Pentauliahan itu yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah pengiktirafan tertinggi kepada Paskal yang sudah menabur banyak jasa dalam menjaga kedaulatan perairan negara.

Peranan

Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.

Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.

Keanggotaan PASKAL turut diletakkan dibawah pejabat seliaan khas di Pulau Layang-Layang dibawah pengawasan kapal TLDM. Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air.

Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV - Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain. Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.

Latihan

Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.

Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.

Latihan Asas Kelayakan PASKAL :

1. Ujian Pemanasan / Ujian Kelayakan

2. Kursus Asas Komando PASKAL ( meliputi Darat, Laut dan Hutan serta Paya)

3. Penyelam Kapal & Penyelam Tempur Oksigen

4. Asas Payung Terjun

5. Tempur Jarak Dekat dan Tempur Tanpa Senjata.

Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :

1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit

2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)

3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit

4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.

5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.

6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.

7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)

PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dengan pasukan elit Special Air Service British, NGSLO, SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team (Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing (Perancis), ASASR Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.

Operasi yang diketahui

Kepulauan Spratleys

PASKAL dan Grup Gerak Khas Tentera Darat dihantar bertugas menjaga pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan perairan Malaysia, khasnya kepulauan Spratleys. Dua detasemen elit ini telah ditempatkan di Pulau Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani dan Terumbu Layang-Layang serta Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau. Selepas Pulau Batu Putih menjadi milik Singapura, unit ini bakal digerakkan untuk menjaga kepulauan South Ledge dan Middle Rock yang menjadi milik Malaysia secara sah.

UNIVEM II, Angola

PASKAL yang diketuai oleh Leftenan Komander Anuar bin Alias pernah terlibat dalam misi pengaman PBB di Angola iaitu UNIVEM II pada tahun 1998. Antara insiden yang melibatkan pasukan ini ialah ketika konvoi yang membawa bekalan dihantar ke kawasan bandar, unit PASKAL dan tentera Namibia yang terlibat telah diserang oleh lima orang puak pemberontak semasa dalam perjalanan. Seorang pemandu trak konvoi terkorban dan beberapa orang awam didalam kenderaan cedera. Komander Anuar dengan beraninya berjaya menghalau pemberontak tersebut daripada merampas bekalan sungguhpun beliau tidak bersenjata dan ia pasti membahayakan diri beliau. Keberanian beliau dalam misi ini menyebabkan beliau diangugerahkan dengan "Pingat Gagah Berani" oleh Yang DiPertuan Agung.

MALCON-UNIFIL

PASKAL turut terlibat bersama 10 Briged Para, Grup Gerak Khas dan PASKAU dalam tugas misi PBB di Lubnan yang dikenali sebagai MALCON-UNIFIL 2007. Pasukan-pasukan ini diaturgerak sebagai Pasukan Tindakan Pantas (Quick Reaction Force - QRF) didalam misi pengaman di negara yang mengalami kemusnahan akibat serangan rejim Zionis Israel.

OPERASI FAJAR-Somalia

PASKAL terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat Kapal Melati Bunga 2 dan Melati Bunga Bunga 5 yang ditawan secara berasingan oleh lanun Somalia.PASKAL melakukan tugas merisik dan juga memberi perlindungan secara terus setelah 2 buah kapal tersebut dibebaskan oleh lanun Somalia.Operasi ini melibatkan beberapa aset ATM iaitu KD Lekiu,KD Sri Inderapura,KD Pahang ,Grup Gerak Khas,TUDM.

“ Berkhidmat untuk Negara ”



Wayang Kartun

wayang kartun

Hahahaha….baru kena sikit dah tumbang… Ni wayang kelas tinggi punya…bak kata Dato’ Zahrain, Pok Sheikh main wayang kartun… apa dia??? WAYANG KARTUN !!! Hahahahaha… Ni taktik nak lari dari kena bela diri kat mahkamah… Tapi rakyat Malaysia dah kenai dah akai Pok Sheikh ni… Lepas ni dia nak main wayang apa pulak nho…

“ Main wayang pacak pulak kot lepas ni ”



Grup Gerak Khas (GGK) - Special Service Group / Army Special Operations Group


 
Grup Gerak Khas adalah satu pasukan elit utama negara dalam naungan Angkatan Tentera Malaysia dan juga merupakan pasukan komando elit yang disegani ramai kerana kesanggupan mereka melakukan apa sahaja. Pasukan ini beroperasi di Sungai Udang di Melaka dan Mersing di Johor.
 
Sejarah
Penubuhan pasukan elit tentera darat ini bermula ketika konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfantasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian.



Perjuangan Yang Belum Selesai - Tun Dr.Mahathir

 
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan



Tentera Darat Malaysia (TDM) - Malaysian Army


 
Tentera Darat Malaysia adalah komponen darat dan komponen terbesar di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 rejimen dan kor dan yang aturkan menjadi pasukan-pasukan tempur, pasukan-pasukan bantuan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu.

Sejarah
Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai Kompeni percubaan Pasukan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.
Kedua-dua batalion ini menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda ancaman Komunis dan Darurat telah diisytiharkan tahun 1948. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion.



Tak Sedar Lagi???

Keladaian Daily

TAK SEDAR LAGI ??? Itulah tiga perkataan yang SAS tujukan khas buat penyokong2 perhimpunan haram BERSIH terutamanya yang mewakili Melayu PAS & PKR. Adakah mereka membutakan mata dan memekakkan telinga mereka hanya kerana dihasut untuk membenci kerajaan. Dah berapa banyak jasa kerajaan korang sapu, tapi tak reti2 jugak nak bersyukur.  Lawan lagi kerajaan ada la. Apa punya tak sedar diri betul puak2 ni.

Mengikut tuntutan yang kita dapat lihat ni, Melayu PAS & PKR memaafkan apa yang telah Ambiga lakukan kepada agama Islam kerana apa? Kerana Ambiga telah bersama dengan mereka dalam menentang kerajaan. Puak2 ni kalau bab nak lawan kerajaan, setan pon boleh jadi geng mereka. Ini bukan saya cakap, tapi otai PAS yang cakap ye.

Kalau sampai tu la tahap puak2 ni benci kerajaan, berhentikan la makan jasa kerajaan, mana2 yang kerja penjawat awam tu letak2 la jawatan, bagi kat orang lain yang lebih layak/berhak… yang mana dapat bantuan tiap2 bulan tu, sedekah la pada orang lain. Macam tu la kan baru menunjukkan korang ni tak suka kerajaan. Tapi tak suka pon korang tibai semua sampai licin apa yang kerajaan bagi.

Nasihat SAS untuk puak2 ni, sedar2 la diri tu nho, jangan sampai bersekongkol dengan kafir2 ni  hanya kerana nak jatuhkan kerajaan Melayu Islam. Jangan nasi dah jadi bubur baru kamu semua nak sedar.

“ Syukur dengan apa yang kerajaan dah bagi…”



Hikmah Solat Sunat Malam

tahajud 2

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardu ialah sembahyang (sunat) malam."

Sabdanya lagi: 

"Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat di mana tidak dapat oleh seorang lelaki Islam yang memohon kepada Allah akan kebaikan utk urusan dunia dan akhiratnya, melainkan akan diperkenankannya. Saat itu ada pada setiap malam."

Maksudnya, setiap malam ada saat yang dinamakan saat ijabah. Setiap doa yang dipohon pada saat itu akan diperkenankan. Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh para sahabat mengenai sembahyang yang paling afdal selepas sembahyang fardu, baginda menjawab:
"Sembahyang pada tengah malam."



Malaysian Armed Forces (MAF) - Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun.
 
Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts