إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأََرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا.

أَمَّا بَعْدُ:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ, وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ, وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا, وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ, وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ, وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahwasanya tidak ada sesembahan yang berhak di ibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS. Ali ‘Imran: 102)

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakanmu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) Nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” (QS. An-Nisaa’: 1)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (QS. Al-Ahzaab: 70-71)

Amma ba’du:

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (as-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.

Ikrar Perjuangan Demi Agama, Bangsa & Tanah Air...



Pakatan Pembangkang Menafikan Hak Rakyat Selangor

Edisi kedua Karnival Sayangi Selangor anjuran Barisan Nasional (BN) berjaya mencapai matlamat berikutan sambutan lebih 500,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kaum sepanjang tiga hari berlangsung di i-City di sini, bermula 29 hingga 31 Disember lalu.

Koordinator BN Selangor yang juga pengerusi penganjur karnival, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, pelbagai acara yang dianjurkan juga mendapat sambutan di luar dugaan terutama daripada golongan muda yang sebahagian besarnya hadir bersama keluarga masing-masing.

Beliau berkata, karnival kali ini lebih bermakna apabila kira-kira 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai keanggotaan lebih 5,000 orang secara terbuka menyatakan sokongan kepada BN sewaktu kemuncak karnival malam kelmarin.

"Kehadiran pengunjung daripada pelbagai peringkat umur bersama keluarga itu sekali gus menepati konsep Karnival Sayangi Selangor iaitu santai bersama keluarga.

"Malah, kita menganggap kehadiran yang melebihi setengah juta orang itu memberikan implikasi besar kepada BN dan merupakan isyarat jelas daripada rakyat Selangor yang inginkan BN kembali memerintah negeri ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Karnival Sayangi Selangor itu merupakan edisi kedua dianjurkan dan bakal diadakan program tahunan.

Program itu berbeza dengan karnival lain yang diadakan di negeri ini dari segi matlamat serta aspirasinya kerana dianjurkan sebagai penghargaan khas BN kepada rakyat.

Penganjurannya juga adalah 'ungkapan tersirat' terima kasih kepada rakyat yang selama ini memberi sokongan kepada parti itu termasuk dari segi dasar dan program pembangunan yang telah dilaksanakan sehingga kini.

Penutup karnival itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 31 Disember lalu.

Dalam pada itu, Mohd. Zin memberitahu, jika BN diberi mandat memerintah semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang Karnival Sayangi Selangor edisi ketiga akan lebih meriah dan bermakna.

"Kita pasti tidak akan melupakan rakyat Selangor dan mengotakan janji-janji seperti yang telah dibuktikan sebelum ini.

"Jadi saya berharap rakyat Selangor akan bijak membuat keputusan dan memilih pemerintah yang menepati janji dalam memperjuangkan nasib rakyat iaitu BN," ujarnya.

 

Sumber : Utusan Online

Comments
0 Comments

0 comments:

Comment here

Semua komen yang Anda tulis adalah tanggungjawab Anda sendiri ... Berani kerana Benar ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts