إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأََرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا.

أَمَّا بَعْدُ:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ, وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ, وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا, وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ, وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ, وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahwasanya tidak ada sesembahan yang berhak di ibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS. Ali ‘Imran: 102)

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakanmu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) Nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” (QS. An-Nisaa’: 1)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (QS. Al-Ahzaab: 70-71)

Amma ba’du:

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (as-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.

Ikrar Perjuangan Demi Agama, Bangsa & Tanah Air...



Ada Habuan ‘Fulus’ Kepada Golongan No.3, 4 & 5 (Soalan Cepu Emas PM Najib)

pas derma

Pakatan Pembangkang sedang merangka untuk ‘membeli’ ahli UMNO dan BN yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calun.

Ketua Penerangan Perkasa Tn Hj Ruslan Kasim berkata beliau ingin mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat telahpun mewujudkan satu dana khas dengan tujuan untuk membiayai kegiatan sabotaj dan lompat parti di kalangan ahli UMNO dan BN yang kecewa menjelang PRU 13 akan datang.

Mengikut maklumat yang di terima dari sumber dalaman, pada masa ini pihak Pakatan masih lagi diperingkat mengenalpasti kumpulan sasar atau individu individu tertentu dalam UMNO dan BN yang mereka jangka akan kecewa apabila tidak dipilih menjadi calon pada PRU 13. Mereka akan ditawarkan dengan wang ringgit untuk melakukan samada kegiatan sabotaj atau lompat parti.

Pilihan raya umum ke-13, yang kini menjadi perhatian banyak pihak, kemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh 4 bulan terakhir ini – dan selewatnya sebelum berakhir bulan April 2013 dan setiap parti sekarang ini sedang didalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya.

Ruslan Kasim juga berkata “bahawa Pakatan Rakyat sanggup memberi kumpulan sasar ini bayaran yang amat lumayan. Pembayaran akan dibuat melalui Suaram dengan menggunapakai dana yang diterima dari pihak asing”.

Sudah terang lagikan bersuluh demi untuk mendapatkan kuasa dan bertahta di Putrajaya maka Pakatan Rakyat akan berbuat apa sahaja dan sanggup membayar berapa sahaja harganya asalkan matlamat ke Putrajaya yang menjadi impian mereka tercapai.

Inilah namanya matlamat menghalalkan cara yg menjadi amalan pemimpin Pakatan Rakyat. Kata Ruslam Kasim yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan PKR.

Sumber : Perkasa

 

“ Cegah sebelum parah… Golongan sabotaj ni mesti di kenal pasti dan disingkirkan dari menjadi barah dalam UMNO ”

Comments
0 Comments

0 comments:

Comment here

Semua komen yang Anda tulis adalah tanggungjawab Anda sendiri ... Berani kerana Benar ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts