إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأََرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا.

أَمَّا بَعْدُ:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ, وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ, وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا, وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ, وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ, وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahwasanya tidak ada sesembahan yang berhak di ibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS. Ali ‘Imran: 102)

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakanmu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) Nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” (QS. An-Nisaa’: 1)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (QS. Al-Ahzaab: 70-71)

Amma ba’du:

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (as-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.

Ikrar Perjuangan Demi Agama, Bangsa & Tanah Air...



Strategi Dato' Seri Najib Membuatkan Lawan Tak Keruan


Sejak beberapa bulan yang lalu, serangan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak semakin hebat dilakukan oleh pihak musuh. Yang terbaru serangan dari bekas orang kuat UMNO sendiri iaitu Tun M yang baru mengumumkan keluar dari UMNO pada 1 Mac 2016 disertai dengan Deklarasi Rakyat yang menjadikan figura kuat pembangkang seperti Lim Kit Siang, Mat Sabu, Azmin Ali dan beberapa lagi nama lain yang popular dalam Pakatan Pembangkang menjadi gandingan untuk melakukan gerakan menjatuhkan Perdana Menteri. Ternyata apa yang dilakukan oleh mereka ini menunjukkan yang DSN mempunyai kekuatan yang luar biasa sehinggakan Tokoh Negerawan pun terpaksa berganding bahu dengan pembangkang untuk menjatuhkannya.


Mungkin kita anggap apa yang Tun M lakukan ialah hanya untuk kebaikan rakyat. Sebab itu dia namakan Deklarasi Rakyat. Itu hanya kulit yang kita nampak. Sebenarnya ia adalah Deklarasi Mahathir & Kroni kerana isi yang sebenarnya ialah Tun M sekarang di tekan oleh para-para Taikun yang selama ini mengungguli kuasa ekonomi Malaysia dengan bantuan Tun M memberi projek-projek besar kerajaan kepada mereka dahulu sudah tidak dapat lagi keistimewaan itu di bawah pemerintahan DSN. Di zaman Tun M memerintah selama 22 tahun, dia telah menjadikan nama-nama seperti R. Kwok, V. Tan, A. Krishnan dan lain-lain sebagai kroni utamanya dan mengunakan mereka untuk memperoleh dana. Amat banyak sekali projek-projek besar kerajaan di tabur kepada penama-penama ini untuk mereka uruskan. Dan sebagai balasan, mereka perlu memberi sumbangan kepada Tun M untuk di gunakan.

Selama 22 tahun kroni ini mendapat projek mudah untuk mereka kaut segala keuntungan yang  sepatutnya menjadi hak rakyat. Rasuah dan ketirisan amat ketara di zaman Tun M. Kebanyakkan kroni memperoleh keuntungan berganda dari projek-projek kerajaan dengan perjanjian yang merugikan kerajaan. Tapi zaman Tun M dah berlalu dan penggantinya enggan meneruskan agenda yang merugikan kerajaan dan rakyat. Jadi ini yang menyebabkan Tun M tidak suka kepada DSN dan ingin menggantikan DSN dengan Perdana Menteri yang mengikut apa yang dimahukannya. Perdana Menteri yang di inginkan Tun M ialah boleh menigkut perintahnya yang dilakukan di belakang tabir. Pak Lah tidak menjadi seperti yang dirancang.Setelah Pak Lah dijatuhkan Tun M menyangkakan DSN akan menjadi PM yang di inginkannya, tetapi DSN agak kuat pengaruhnya sehingga Tun M perlu menggunakan pembangkang untuk jatuhkan DSN.

DSN mempunyai satu kekuatan yang berbeza dari Pak Lah. Ini menyebabkan mereka amat takut sekali DSN menjadi pemerintah kerana cara pemerintahan beliau yang memandang jauh ke hadapan dan tidak memerlukan bantuan dari taikun-taikun yang menguasai ekonomi Malaysia untuk keperluan dana. DSN menggunakan strategi yang berbeza. DSN menghentikan segala projek yang mengkayakan kroni Tun M dan mengalih perhatian kepada skop yang lebih besar. Ini salah satunya yang menyebabkan Tun M marah. DSN menjalinkan hubungan dengan negara-negara Arab yang kita tahu di zaman Tun M, dia amat tidak sukakan kuasa-kuasa besar Arab.

Kita dapat lihat usaha-usaha DSN mengeratkan hubungan Malaysia dengan negara-negara Arab membuatkan musuh-musuh Islam amat tidak senang sekali. Perlu di ingat, musuh-musuh Islam sesekali tidak akan senang sekiranya mereka melihat umat Islam bersatu. Kita dapat lihat, mereka yang kuat memainkan isu derma 2.6 billion ini tidak lain tidak bukan ialah DAP. Di ikuti oleh petualang serpihan seperti PKR dan PAN. Kita perlu tahu bahawa derma yang di peroleh dari negara Arab ini tidak akan diminta kembali habuan atau balasan kerana mereka negara Arab ini sudah kaya raya. Berbeza sekiranya kerajaan mendapat sumbangan dari Syarikat-syarikat mahupun Taikun-taikun yang kaya di Malaysia. Sudah semestinya mereka akan meminta balasan dan habuan seperti yang berlaku di zaman Tun M.

Strategi yang DSN lakukan akan menguntungkan rakyat kerana kerajaan tidak perlu lagi mengharapkan sumbangan dari jerung-jerung besar ini. Jadi, kerajaan boleh terus menyalurkan dana yang menjadi hak rakyat Malaysia. Telah banyak skim-skim yang di wujudkan seperti BR1M, KR1M, PR1MA, 1AZAM, BL1M. BB1M dan banyak lagi yang dimanfaatkan kepada rakyat. Apa yang penting sekarang, banyak lagi kebaikan yang rakyat akan peroleh sekiranya hubungan baik Malaysia dan juga negara-negara Arab diperkukuhkan. Menjalinkan persefahaman antara negara dan rakyat akan menguatkan lagi kekuatan umat Islam di rantau ini.

Semoga Malaysia memperoleh kebaikan dan keuntungan atas kerjasama dengan negara-negara Arab. Orang kafir memang tidak suka akan kesatuan umat Islam

Comments
0 Comments

0 comments:

Comment here

Semua komen yang Anda tulis adalah tanggungjawab Anda sendiri ... Berani kerana Benar ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts