Program KERIS 2314 dicetuskan dari keprihatinan kepimpinan UMNO terhadap masa depan dan lanskap politik serta survival orang Melayu dalam menangani empat isu penting iaitu:
- Islam sebagai agama kepada Persekutuan.
- Hak-hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
- Institusi Raja sebagai Ketua Agama Islam dan simbol perpaduan rakyat.
Terdapat banyak pihak yang telah lupaakan kontrak sosial yang telah dipersetujui ketika kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dahulu.
Islam terus menerus di cabar dan orang-orang Melayu juga terus menerus diperlekehkan oleh bangsa lain, malah tidak lagi menghormati orang Melayu sebagai pribumi.
Justeru, lahirlah program KERIS 2314 pada bulan March 2014.
Untuk maklumat lanjut layari : http://www.keris.my/
“ Keris Senjata Melayu “