Nampaknya ustaz PAS semakin lama semakin mengarut dalam mengeluarkan nas-nas agama. Dahulu Ustaz Budak ini jugalah yang mengiktiraf Nik Aziz sebaris dengan nabi. Terbaharu Ustaz Budak menyatakan dalam satu ceramahnya bagaimana Nabi Muhammad saw menyesal kerana tidak dapar bertemu dengan Imam Ghazali!
Permasalahannya timbul apabila belum ada mana-mana hadis yang riwayatkan menceritakan bagaimana Nabi Muhammad menyesal kerana tidak bertemu Imam Ghazali. Tidak langsung dapat dipastikan dari mana hadis seperti ini diceduk.
Bukan itu sahaja, malah hadis palsu lain yang disebarkan Ustaz Budak ini juga ialah:
1. seurat rambut Saidina Abu Bakar as gugur di atas kubur lalu menyelamatkan ahli kubur tersebut dari azab seksa kubur selama 40 hari.
2. kubur Imam Shafie dikatakan mampu menyelamatkan azab seksa kubur ahli kubur yang bersemadi disekitarnya.
3. Orang alim yang lalu dikubur dapat menyelamatkan seksa ahli kubur tersebut selama 40 hari.
Ustaz Budak ini perlu disiasat untuk oleh Jabatan Agama Islam dari terus-menerus menyebarkan hadis palsu untuk mengelirukan orang ramai. Makin teruk ustaz tarbiah PAS ini dalam menyebarkan dakyah yang mengarut.
Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)
Sumber : Tauke Ikan
“ Semakin rosak juak2 hamPAS yg dok jual agama ni… tak takut dosa kah ustaz budak ni… kesian la kat jemaah yg dengaq ceramah budak ni… depa kena kencing sampai basah kuyup ”