"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali malam ini.
Mengulas pemecatannya sebagai anggota PAS,Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata segala komen yang diutarakannya adalah membabitkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam pemainan politik Anwar.
"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor,ini yang saya perjuangkan.Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara.
“ PAS diambang kehancuran… Moga Allah memberi kekuatan dan semangat yang kuat kepada Datuk Dr. Hasan Ali untuk terus memperjuangkan Islam walaupun ditentang hebat oleh saudara sesama Islam dalam PR… Umat Islam Malaysia menyokong sepenuhnya usaha yang beliau telah lakukan ”