إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأََرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا.

أَمَّا بَعْدُ:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ, وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ, وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا, وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ, وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ, وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahwasanya tidak ada sesembahan yang berhak di ibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS. Ali ‘Imran: 102)

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakanmu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) Nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” (QS. An-Nisaa’: 1)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (QS. Al-Ahzaab: 70-71)

Amma ba’du:

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (as-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.

Ikrar Perjuangan Demi Agama, Bangsa & Tanah Air...



Pasukan Khas Udara (PASKAU) - Special Air Service / Air Force Special Operations

Pasukan Khas Udara atau PASKAU merupakan sebuah pasukan elit yang diletakkan di bawah tanggungjawab Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang biasanya menjalankan tugas-tugas mengekang sebarang bentuk serangan dan keganasan dari pihak musuh dan anasir-anasir luar yang melibatkan senario rampasan pesawat-pesawat TUDM dan awam serta tawanan ke atas pengkalan tentera udara dan lapangan terbang awam.

Sejarah

Pasukan ini ditubuhkan dalam tahun 1980 selepas satu serangan oleh anasir pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pangkalan TUDM Kuala Lumpur menyebabkan kemusnahan sebuah pesawat DHC-4 Caribou pada bulan Mei 1975. Serangan itu dilakukan oleh ejen-ejen Parti Komunis Malaya dengan menggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atas sebuah lori kecil atas tujuan melambatkan bantuan pasukan sahabat yang sedang berada di medan tempur.

Semuanya bermula apabila sebuah lori yang tidak dikenali melalui diluar pangkalan udara Sungai Besi, Selangor dan berhenti di situ. Beberapa orang lelaki Cina yang disyaki ejen komunis turun dari kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan mortar ke pangkalan menyebabkan sebuah pesawat DHC-4 Caribou musnah dan beberapa buah kemudahan TUDM rosak teruk serta mencederakan beberapa orang petugas dipangkalan tersebut.

Atas insiden inilah, TUDM memperkenalkan satu doktrin khusus untuk menubuhkan sebuah pasukan elit bagi mengawal keselamatan pangkalan udara TUDM yang sebelum ini diletakkan dibawah tanggungjawab Kor Polis Tentera Diraja. Maka dengan secara rasminya, pada 1 April 1980, sebuah pasukan elit yang dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Darat dan Udara atau singkatannya HANDAU ditubuhkan. Rejimen ini bukan sahaja mendapat latihan kerahan tenaga daripada pasukan elit anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas (yang terdiri daripada Komando 69 dan Unit Tindakan Khas PGK) PDRM, malahan turut mendapat latihan khas daripada Special Air Service British dan pasukan elit Amerika Syarikat.

Skuadron 102 HANDAU yang ditubuhkan merupakan skuadron pertama yang mengambil alih tugas-tugas keselamatan Pangkalan TUDM Kuala Lumpur dari Kor Polis Tentera Diraja, diikuti dengan Penubuhan Markas Rejimen Keselamatan TUDM (MAREJ) pada 1 April 1981 sehingga tertubuhnya 10 lagi skuadron Rejimen HANDAU TUDM pada 1 Mac 1993.

Latihan

Setiap pegawai dan anggota TUDM akan dianugerahkan dengan beret biru muda apabila tamat latihan asas PASKAU dan pisau komando setelah menjalani kursus kepakaran PASKAU. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAU diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 12 minggu bagi menilai tahap kemampuan anggota. Antara ujian-ujian asas komando PASKAU yang dijalankan ialah :

· Ujian jalan lasak sejauh 160 kilometer

· Teknik `rapelling’ kaedah Australia (menuruni bukit dan bangunan dengan tali secara berlari)

· Teknik `spie-rig’ (badan diikat pada tali yang ditarik dengan helikopter)

· Mendayung sejauh 160 km (peringkat paya)

· Latihan asas komando hutan

· Penyusupan peninjau khas

· Kursus penembak tepat melalui sungai dengan bot.

 

Latihan khas bagi PASKAU dan berkemampuan dalam:-

Teknik pertempuran

1. Penanda-Laser - Menggunakan GLTD II (Ground Laser Target Designator II) untuk 'menanda' sasaran musuh, bagi tugas pengeboman daripada udara berpandukan panduan sasaran laser seperti Paveway II LGB (Laser-guided bomb).

2. Tempur jarak dekat (Close Quarters Battle; CQB, Close Quarters Combat; CQC).

3. Pertempuran bukan konvensional

4. Penembak tepat atau kepantasan menembak.

5. Sabotaj

6. Penembak hendap

Teknik penyusupan

1. Atitud Tinggi Permulaan Rendah / A/T Permulaan Tinggi (HALO/HAHO)

2. Turun dengan tali

3. Terjun ke permukaan air

Teknik perisikan

1. Perisikan khas

2. Perisikan

3. Peninjauan

Kepakaran asas

1. Mencari dan menyelamat tempur (CSAR, Combat Search and Rescue) - Menyelamat anggota pasukan sahabat (misalnya juruterbang pesawat yang telah menyelamatkan diri) daripada barisan belakang musuh

2. Melengkapkan keselamatan pangkalan TUDM.

3. Tugas anti keganasan

4. Menyelamat tebusan.

5. Operasi di kawasan pembinaan - OBUA

6. Tempur di dalam bandar - FIBUA

7. Letupan khas

8. Unit Pemusnah Bom (EOD).

PASKAU berkemampuan tinggi di dalam operasi menyelamat tebusan dalam pelbagai situasi dan arif tentang operasi anti-rampasan untuk pesawat tentera dan awam. Tugas dalam situasi tersebut diambil alih daripada Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia. Anggota PASKAU yang memakai beret biru muda ini turut dihantar ke luar negara untuk mengikuti latihan khas dan kursus asas teknikal oleh Rejimen ke-22 British SAS dan pasukan elit Amerika Syarikat.

Peranan

Pasukan yang ditubuhkan dikenali dengan nama asalnya HANDAU sebelum ini ditugaskan menjaga keselamatan pangkalan-pangkalan TUDM. Dalam tahun 1996, pasukan ini disusun semula dan diberikan nama baru, iaitu Pasukan Khas Udara atau lebih dikenali sebagai PASKAU, kini diperluaskan peranan pasukan tersebut kepada tugas tempur dan sokongan tempur. Peranan pasukan ini berlainan dengan pasukan khas tentera darat dari Grup Gerak Khas ataupun dengan pasukan PASKAL TLDM, khususnya dari segi peranan utama pasukan-pasukan tersebut yang berbeza-beza dan dikendalikan oleh anggota-anggota terlatih serta mempunyai peralatan khas bagi penugasan yang sukar dijalankan oleh tentera biasa.

Penubuhan PASKAU merupakan satu pendekatan untuk meningkatkan keupayaan TUDM dalam pengoperasian udara. Dan juga mempertingkatkan keupayaan TUDM dalam memenuhi keperluan dalam penugasan penyelamat tempur udara (Combat Search Air Rescue), keselamatan pangkalan/unit TUDM yang beroperasi di pangkalan hadapan dan tugas membantu pesawat-pesawat pejuang melaksanakan serangan udara terhadap sasaran musuh dengan menggunakan senjata khas. Serta berkemampuan untuk melumpuhkan aset penting pihak musuh. Pasukan Khas Udara (PASKAU) terdiri daripada anggota-anggota rejimen TUDM yang dipilih mengikuti kursus peperangan khas untuk membolehkan mereka menjalankan peranan seperti mencari dan menyelamat tempur CSAR serta penandaan sasaran menggunakan peralatan penanda (designator) menggunakan infra red ataupun laser (TLID). PASKAU boleh menggunakan teknik-teknik dan taktik khusus dalam operasi mencari dan menyelamat tempur (CSAR) menggunakan pasukan-pasukan khusus dipanggil (Combat Air Rescue Team).

Tugas

Penugasan PASKAU TUDM dilaksanakan dengan berkesan bagi sebarang pengoperasian khas mereka. Ini adalah kerana ia merupakan aset penting TUDM yang mudah melaksanakan arahan, pengawalan dan koordinasi secara terus. Penugasan pasukan ini dengan menggunakan pesawat sudah pastinya dapat diaturgerak dengan pantas dan berkesan dalam jangkamasa yang singkat. Pengoperasian PASKAU diendalikan dalam keadaan negara yang masih aman, darurat mahupun semasa peperangan. Tugas-tugas bagi pegawai dan anggota PASKAU terdiri daripada:

· Tugas Menanda Sasaran

Tugas TUDM dalam peranannya mempertahankan kedaulatan negara akan melibatkan pesawat-pesawat pejuangnya bagi mengekalkan penguasaan ruang udara daripada sebarang pencerobohan dari anasir-anasir luar atau menidakkan keupayaan pasukan udara pihak musuh dalam sebarang operasi di udara. Selain berupaya melindungi aset-aset pertahanan udara, yang mungkin mendatangkan penglibatan pesawat pejuang dalam pengoperasian di ruang udara negara mahupun menyusup jauh ke dalam kawasan musuh. Unit ini akan ditugaskan dengan melakukan penyusupan ke kawasan operasi di barisan belakang musuh bagi memusnahkan aset dan kemudahan pertahanan udara pihak musuh. Juga berkemampuan menjalankan penugasan menyusup masuk dengan berkesan dan terlatih dalam pelbagai teknik penyusupan. Serta berkemampuan untuk melakukan tugas-tugas sabotaj secara persendirian ke atas mana-mana sasaran pertahanan udara musuh seperti radar dan tapak pelancaran peluru berpandu ke udara (Surface to Air Missile sites, SAMsites).

· Kawalan Aset Utama TUDM

Pasukan ini berkemampuan menghadapi sebarang ancaman daripada pasukan biasa mahupun pasukan elit musuh dalam keadaan di mana TUDM mengoperasikan pangkalan operasi hadapan (Forward Operation Base, FOB) mahupun pangkalan yang beroperasi di kawasan yang terdedah pada serangan musuh (Hostile environment). Penugasan pasukan elit ini berjaya melaksanakan pengoperasiannya dengan cekap dan pantas sungguhpun berhadapan dengan ancaman yang akan berlaku.

· Mencari dan menyelamat

Tugas yang dipertanggungjawabkan oleh PASKAU ini ialah mencari dan menyelamat unit ketenteraan sama ada di darat mahupun di perairan. Dalam sebarang tugas yang melibatkan operasi-operasi di udara, pesawat udara TUDM sudah pastinya terdedah kepada bahaya kemungkinan terlibat dalam kemalangan, terhempas mahupun ditembak oleh musuh sama ada di darat, perairan atau udara negara sendiri atau negara musuh. Penyusupan bagi operasi menyelamat adakalanya bukannya satu tugas yang paling mudah sekiranya berlaku di kawasan yang mempunyai lurah yang curam dan merbahaya, ini boleh dibuktikan ketika insiden melibatkan sebuah helikopter Nuri yang terhempas di Gunung Gerah serta yang terkini di hutan Genting Sempah yang mana unitnya terpaksa diturunkan dengan menggunakan teknik abseiling daripada helikopter ke pokok yang tinggi dan dari pokok ke kawasan lokasi kejadian. Begitu jugas dengan insiden yang melibatkan kawasan perairan, yang mana pasukan elit tentera udara yang terjun dengan penerjunan bebas atau payung terjun dilengkapi dengan peralatan menyelam dan peralatan menyelamat di laut. Tugas menyelamat dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan oleh anggota penyelamat yang terlatih dalam paramedik serta berpengetahuan luas berkaitan dengan ciri-ciri pesawat bagi tugas-tugas menyelamat.

Sekiranya keadaan di mana mangsa nahas pesawat udara yang terperangkap dan peralatan atau aset dan dokumen penting memerlukan kepakaran yang ada untuk melaksanakan misi ini. PASKAU berkemampuan melaksanakan tugas-tugas menyelam di perairan bagi menyelamat mangsa yang terdiri daripada juruterbang yang mungkin terbelit dengan peralatan payung terjun atau talipinggang keledar pesawat ketika berada ditengah lautan misalnya insiden nahas pesawat Caribou yang terhempas perairan Labuan.

· Menangani Keganasan (Counter Terrorism duties)

Sekiranya berlaku sebarang insiden yang melibatkan rampasan ke atas pesawat-pesawat dan pangkalan-pangkalan udara baik dari TUDM mahupun awam oleh pihak musuh atau anasir-anasir luar, PASKAU adalah salah satunya pasukan yang pertama diaturgerakkan ke hadapan untuk menghadapi insiden ini. Kita sudah sedia maklum, PASKAU begitu profesional dalam senario rampasan pesawat oleh pengganas dan memahami selok-belok pesawat terutamanya teknik penyusupan yang cekap tanpa memberi kesan yang negatif ke atas pesawat dan penumpang.

Operasi

Insiden Genting Sempah
Pada Julai, 2007, PASKAU TUDM dengan pasukan elit 10 Briged Para, Rejimen ke-22 Gerak Khas dan Pasukan Gerakan Khas PDRM dengan dibantu oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, Pasukan Gerakan Am PDRM, Renjer Perhutanan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta penduduk tempatan dalam usaha mencari dan menyelamat 6 krew helikopter Sikorsky S-61 Nuri TUDM yang terhempas di Genting Sempah pada 13 Julai lalu. Walaubagaimanapun, keenam-enam wira negara tersebut telah terkorban sebelum pesawat malang itu ditemui oleh unit-unit penyelamat tersebut.

MALCON-UNIFIL
Keempat-empat pasukan elit ATM seperti 10 Briged Para, Grup Gerak Khas, PASKAL dan PASKAU terlibat dalam tugas misi pengaman MALCON-UNIFIL di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.

Insiden Bukit Galla
Pada 20 Februari 1999, Pasukan Pertahanan Darat Udara (Handau) atau kini PASKAU bersama Pasukan Gerakan Am PDRM, Jabatan Hutan Negeri, Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3), Jabatan Penerbangan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat ringan Beechcraft BE-36 yang ditemui terhempas di lereng bukit Hutan Simpan Bukit Galla, Mantin, Negeri Sembilan. Dua juruterbang pesawat, Patrick Dutrey, 56, dan Natalie Marie Chappate, 35, yang merupakan warganegara Perancis ditemui mati dalam keadaan badan mereka yang sudah hancur akibat letupan daripada pesawat tersebut ketika terhempas.

Insiden pesawat Hawk terhempas
Pada 27 Jun 2006, PASKAU terlibat dalam operasi menyelamat juruterbang pesawat BAE HAWK 208 TUDM, Mejar Muhammad Rohaizan Ab Rahman yang terhempas di perairan Rompin, Pahang pada 31 Mei 2006. Walaubagaimanapun, mayat juruterbang pesawat malang tersebut ditemui 28 hari kemudian di dasar laut, 150 meter daripada pesisir Pantai Lanjut, Rompin, Pahang.

Insiden Bukit Batu Tiban
Pada 28 Julai 2005, PASKAU dikerah dalam operasi menyelamat mangsa nahas helikopter Bell 206 Jet Ranger milik Hornbill Skyways yang terhempas di Bukit Batu Tiban, Ulu Baleh, Kapit, berhampiran sempadan Sarawak-Kalimantan Barat, Indonesia. Hasilnya, mayat juruterbang helikopter Long Ranger, Kapten Razali Sani, kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) cawangan Sarawak, Ramli Jamal dan Koperal Empini Karung ditemui mati, manakala Razali Hasan dari JUPEM ditemui selamat.

Insiden Gunung Brinchang
Pada 7 Jun 2005, 21 anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dan 35 anggota dari 69 Komando Pasukan Gerakan Khas PDRM terlibat dalam operasi mencari tiga beradik dan seorang sepupu mereka yang sesat dan hilang di Bukit Fraser diadakan sejak kelmarin, dua orang lagi dilaporkan hilang semasa mendaki Gunung Brinchang di Cameron Highlands. Empat mangsa yang tersesat itu dikenali sebagai Chew Ser Wee, 16, Chew Ser Han, 14, dan Chew Ser Meng, 10, serta sepupu mereka Jeremy Teo, 9, warga Singapura, manakala dua lagi dalam kejadian dikenali sebagai Rahman Osman, 58, dari Taman Ehsan Kepong, Kuala Lumpur dan anak saudaranya, Mohd. Azid Tahrin, 14. Pada 9 Jun 2005, keempat-empat orang bersaudara itu ditemui selamat, manakala Rahmad dan Aziq berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada 6 petang hari yang sama.

Insiden nahas Piper 28
Pada 14 Mac 2004, PASKAU berserta Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia telah dihantar melalui udara dalam operasi menyelamat juruterbang pesawat ringan Piper 28, Kapten Nasir Ma Lee dan seorang penumpang, Nazarullah Mohd. Sultan yang terhempas di kawasan hutan kira-kira 3.2 kilometer ke barat daya Empangan Langat, Selangor. Walaubagaimanapun, Kapten Nasir ditemui mati ditemui mati di tempat kejadian manakala Nazarullah terselamat.

Insiden bot karam
Pada 19 Januari 2003, sebuah bot gentian kaca yang dinaiki oleh dua pegawai dan empat anggota elit PASKAU karam dipukul ombak besar dalam keadaan laut yang bergelora ketika sedang mengadakan operasi tinjauan di sekitar 8 batu nautika di Pulau Sibu, Johor pada 10.30 pagi. Mejar Udara Aundrey Smith, Kapten Udara Damian Sebastian, Sarjan Udara Radzi Abdul Majid dan Sarjan Udara Saad Che Omar ditemui terselamat. Manakala dua yang terkorban dalam insiden tersebut ialah Koperal Udara Hasnul Abdul Rahman dan Koperal Udara Ayub Sidek.

Insiden Gunung Gerah
Pada 14 November 1989, anggota PASKAU terlibat dalam operasi menyelamat helikoper Sikorski S-61 Nuri TUDM yang terhempas di Gunung Gerah dan Gunung Bilah berhampiran dengan sempadan Kelantan-Perak. Dalam insiden tersebut, 21 orang krew termasuk 15 anggota Pasukan Gerakan Am PDRM terkorban.

“ Senyap, Pantas, Pasti ”

Comments
0 Comments

0 comments:

Comment here

Semua komen yang Anda tulis adalah tanggungjawab Anda sendiri ... Berani kerana Benar ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts