PETALING JAYA: Pembangunan Rancangan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) di Kelantan yang menerima peruntukan sejumlah RM19 juta dibawah RMKe-9 didapati mengalami kelemahan pengurusan.
Melalui peruntukan RM19 juta itu kerajaan Negeri merancang membina tujuh projek RAKR melibatkan 838 unit rumah.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 dengan pengauditan dijalankan September hingga Disember, menyatakan pengurusan RAKR tidak memuaskan dan mengalami kelemahan, walaupun sejumlah RM8.33 juta dibelanjakan sehingga akhir tahun lalu.
